Pendaftaran SPA9
13 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPengurus PEDi Tanjung Piai telah membantu seorang pelajar lepasan SPM iaitu adik Muhammad Hamizan bin Hishamudin berusi 18 tahun untuk mendaftarkan akaun bagi tujuan kemasukan kerja ke sektor kerajaan iaitu SPA9. Beliau mengakui bahawa beliau kurang arif dalam memohon segala jenis transaksi secara atas talian dan tidak tahu akan kaedah memohon kerja dalam SPA9 memandangkan sebelum ini SPA8 telah mengalami perubahan. Beliau yang merupakan pelajar lepasan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup ingin memohon awal pekerjaan dalam sektor kerajaan memandangkan faktor persaingan dan pengambilan yang agak lama.
Justeru, Pengurus PEDi telah mengajar dan menujukkan beliau kaedah yang betul dalam proses permohonan di SPA9. Bermula dengan daftar akaun terlebih dahulu sebelum mengisi butiran peribadi dan maklumat keputusan persekolahan. Seterusnya, beliau diarahkan untuk memilih bidang kerja yang sesuai dengan minat beliau berpandukan gred 11 sehingga 19. Pendaftaran ini berlangsung selama satu jam bermula jam 4.30 petang sehingga selesai proses percetakan slip permohonan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: