Advokasi Kuiz Teka Silang Kata
3 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 2 Julai 2022 bersamaan hari sabtu, satu pertandingan advokasi telah dijalankan di PEDi Tanjung Piai bersama para pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Serkat. Advokasi teka silang kata ini berlangsung selama setengah sahaja yang berkonsep soalan mudah berbentuk santai. Para pelajar yang terlibat ialah Muhammad Nur Fajar bin Puad, Muhammad Nor Fahadeen bin Fuad dan Arman Hairiz bin Ahmad. Memandangkan mereka hanya datang untuk melayari internet, maka adalah lebih baik Pengurus PEDi mengajak mereka untuk menyertai kuiz teka silang kata yang diadakan.
Konsep soalan teka silang kata yang diadakan adalah tidak susah memandangkan ingin disesuaikan dengan peringkat umur para pelajar yang terlibat. Kesemua mereka dapat menjawab dengan betul memandangkan kesemua soalan adalah dekat dengan jiwa mereka dan bersesuaian dengan fahaman mereka di sekolah. Setelah selesai kesemuanya menjawab maka mereka akan diberikan hadiah berupa saguhati yang diberikan oleh pihak PEDi sebagai tanda penghargaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: