Taklimat Pihak Pengurusan Sprintz Designs Tentang KPI 2022
12 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2022 bersamaan hari jumaat, kakitangan PEDi Tanjung Piai telah mengikuti sesi taklimat dari pihak pengurusan Sprintz Designs mengenai KPI tahun 2022. Penerangan mengenai KPI ini berlangsung pada jam 11.00 pagi dan berakhir sepenuhnya pada jam 12.45 tengah hari. Semua kakitangan PEDi yang bernaung di bawah pihak SD telah diwajibkan untuk mengikuti taklimat ini beserta dengan Rakan Digital yang telah dilantik. Sesi taklimat ini telah diketuai oleh Puan Maznah binti Shik Ibrahim selaku Programme Manager Sprintz Designs.
Melalui siri taklimat berkenaan, Puan Maznah banyak menerangkan tentang KPI yang perlu dicapai oleh pihak PEDi beserta template terkini yang ingin dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Setelah berlangsungnya sesi taklimat berkenaan, Puan Maznah membuka ruang kepada kakitangan PEDi yang terdiri daripada M dan AM serta Rakan Digital untuk bertanyakan apa-apa soalan atau isu yang berbangkit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: