Program Usahawan & Koperasi Anjuran TEKUN Nasional dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
10 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniProgram Usahawan & Koperasi anjuran pihak TEKUN Nasional dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah diadakan di Dewan Tertutup Tanjung Piai pada 9 Mac 2022 bersamaan hari rabu. Program keusahawanan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkaitan dengan pelbagai bantuan khususnya untuk para peniaga yang boleh dimohon. Program ini dimulakan dengan pendaftaran peserta diikuti dengan seminar oleh pihak TEKUN Nasional dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Pihak MEDAC juga merupakan antara agensi utama yang turut menyerikan lagi program keusahawanan ini dalam usaha memberi kesedaran kepada para usahawan tentang skop bantuan perniagaan.
Tetamu kehormat yang turut hadir bagi program keusahawanan ini ialah YB Tan Sri Noh bin Haji Omar selaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dari pihak kerajaan Malaysia. Turut berlangsung sesi dialog antara para usahawan dan pihak menteri selain penyampaian bentuk bantuan sumbangan kepada usahawan yang terpilih. Program ini berakhirnya sepenuhnya pada jam 5.00 petang. Kakitangan PEDi Tanjung Piai turut sama hadir bagi tujuan mendengar taklimat serta mengambil segala data berkaitan bantuan keusahawanan untuk dihebahkan kepada para usahawan di sekitar PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: