Kelas Membuat Aplikasi Teknik Pembayaran Secara Digital Melalui Touch’n Go E Wallet
10 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 8 April 2022 iaitu pada hari sabtu telah berlangsungnya satu kelas iaitu berkaitan Touch’n Go EWallet yang dikelolakan kakitangan PEDi Tanjung Piai. Kelas yang berkonsepkan perniagaan digital ini memfokuskan kepada kaedah pembayaran secara atas talian tanpa tunai. Ikon usahawan PEDi Tanjung Piai iaitu Puan Noraini Mohammad telah menghadiri kelas yang diadakan pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Kebanyakan kelas yang dikelolakan oleh kakitangan PEDi sebelum ini kepada Puan Noraini adalah terarah kepada kelas keusahawanan, namun kali ini lebih kepada konsep pembayaran.
Penolong Pengurus PEDi telah membantu Puan Noraini langkah demi langkah dalam usaha beliau untuk mempelajari aplikasi pembayaran menggunakan Touch’n Go EWallet. Bermula dengan daftar masuk seterusnya ke aplikasi Go+ dan pengisian data-data peribadi termasuk nombor akaun. Pembayaran secara digital ini diajarkan kepada Puan Noraini adalah dalam usaha PEDi Tanjung Piai untuk membantu beliau memahami kaedah pembayaran yang berkonsep digital tanpa bergantung kepada tunai semata. Setelah selesai pendaftaran, proses penghantaran kod pembayaran Touch’n Go EWallet itu akan dihantar terus ke rumah Puan Noraini dalam tempoh lima hari bekerja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: