Sistem Bayaran Zakat Secara Atas Talian Melalui Portal eMAIJ
9 April 2022 | Aktiviti TerkiniKakitangan PEDi Tanjung Piai telah mengambil inisiatif sempena kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan menawarkan bantuan kepada mana-mana penduduk setempat yang ingin membayar zakat fitrah secara atas talian. Bantuan ini dianjurkan sepanjang bulan Ramadan sahaja. Meskipun negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik, pembayaran zakat fitrah secara atas talian masih digalakkan meskipun setiap mukim telah ada amil bertauliah yang dilantik. Oleh yang demikian, pada 8 April 2022 iaitu pada hari jumaat, Pengurus PEDi telah membantu tiga orang penduduk iaitu Encik Muhammad Furkhan bin A Ghafar, Encik Mohamad Supian bin Rosli dan Encik Rudi bin Bahtiar.
Ketiga-tiga mereka telah datang ke PEDi Tanjung Piai secara bersemuka dan memilih untuk membayar zakat fitrah secara atas talian sahaja. Hal ini demikian kerana, ketiga-tiga mereka bekerja dan mengalami kesukaran untuk berjumpa dengan amil yang dilantik. Pengurus PEDi telah membantu mereka dengan membayarkan zakat dengan daftar masuk ke portal Majlis Agama Islam Johor. Kaedah pembayaran secara atas talian ini bukan sahaja memudahkan akan tetapi menjimatkan masa pengguna khususnya yang bekerja. Zakat fitrah di negeri Johor pada tahun 2022 adalah pada kadar RM 7.00 dan RM 10.00 untuk seorang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: