Kelas Keusahawanan Asas Urutan Saraf
8 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 7 Oktober 2022 bersamaan hari jumaat, satu kelas keusahawanan bertemakan Asas Urutan Saraf telah dijalankan di PEDi Tanjung Piai pada jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Kelas ini diadakan di dalam bilik latihan dan telah dihadiri seramai 17 orang peserta beserta 3 orang tenaga pengajar dari pihak AmWay. Para peserta terdiri daripada 15 orang wanita dan 2 orang lelaki. Tenaga pengajar yang ditugaskan khusus untuk kelas sedemikian adalah orang yang sama ketika membuat kelas keusahawanan berasaskan roti pada bulan Ogos yang lalu.
Kelas ini dimulakan dengan penerangan asas tentang kaedah urutan saraf yang betul melalui aspek teori. Setelah selesai penerangan, para peserta akan diajar tentang kaedah secara amali pula melalui teknik urutan yang betul khususnya di bahagian pinggang dan kepala. Melalui respon yang diterima, kebanyakan peserta memberikan maklum balas yang baik dan berharap agar kelas sedemikian dipelbagaikan bukan sahaja berteraskan kepada urutan dan masakan akan tetapi secara lebih holistik yang sesuai dengan minat komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: