Konsep Walk-In Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Perpat Timbul
5 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 4 September 2021 iaitu pada hari sabtu, Dewan Perpat Timbul sekali lagi menjadi Pusat Pemberian Vaksin bagi mempercepatkan proses imuniti kelompok. Berbeza pada kali ini konsepnya adalah mereka yang belum menerima vaksin boleh terus datang secara (walk in) tanpa perlu janji temu dari MySejahtera. Sebanyak 360 dos suntikan vaksin jenis Pfizer telah disediakan bagi warganegara dan bukan warganegara yang hadir. Waktu pemberian vaksin ini dijalankan pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari atau sehingga jumlah peruntukan vaksin telah habis. Menurut Encik Mohd Rusly Abas selaku ketua kampung baru kampung Tanjung Piai telah memaklumkan bahawa pada hari berkenaan hanya 258 dos Pfizer telah diberikan kepada mereka yang hadir. Badan yang menjadi pengelolanya adalah Klinik Kesihatan Serkat dengan kerjasama KKM daerah Pontian serta ahli MPKK untuk menjayakan konsep (walk-in) di PPV Dewan Perpat Timbul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: