Kelas Atas Talian Bisnes e-Dagang Anda Bersama Shopee! x MCMC
3 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 2 Ogos 2021 iaitu bersamaan hari isnin, satu program kelas atas talian telah diadakan oleh pihak Shopee dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Program ini juga telah ini disegarkan dengan kempen yang dipanggil sebagai PUPUK. Tujuan utama penerangan di platform digital ini adalah untuk membantu para usahawan tempatan bagi memulakan perniagaan mereka secara atas talian melalui Shopee. Kelas ini berlangsung selama dua jam iaitu pada jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari. Oleh yang demikian, kakitangan PIK Tanjung Piai telah mencari usahawan di sekitar komuniti yang berminat untuk menyertai kelas yang dianjurkan secara percuma ini melalui hebahan di media sosial iaitu Facebook dan Whatsapp.
Seramai 4 orang peserta telah berminat untuk menyertai webinar yang dianjurkan bagi mereka mengetahui dengan lebih lanjut mengenai konsep E-Dagang. Peserta berkenaan ialah Puan Noraini Mohammad, Puan Nor Hidayah Zulkefli, Puan Norlela Ab Rasid dan Puan Norshidayana Ab Rasid. Kesemua mereka tinggal di kawasan yang berhampiran dengan PIK Tanjung Piai dan tertarik untuk mengikuti webinar yang dianjurkan. Mereka mengakses webinar tersebut daripada kediaman masing-masing menggunakan laptop dan telefon pintar. Kesemuanya telah dibimbing oleh Pengurus PIK Tanjung Piai untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu melalui link yang diberikan sebagai permulaan. Respon yang diberikan oleh keempat-keempat usahawan ini adalah sangat bermanfaat dan berharap agar webinar sedemikian dapat diteruskan untuk hari mendatang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: