Asas Pengenalan Pembukaan Akaun E-Dagang (Shopee)
10 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 Julai 2021, Pengurus dan Penolong Pengurus PIK Tanjung Piai telah membantu usahawan utama kami iaitu Puan Noraini Mohamad untuk membuka platfom akaun Shopee. Aktiviti pengajaran ini dilakukan di rumah kediaman usahawan kami yang terletak berhampiran dengan Pusat Ekonomi Digital Komuniti. Pengajaran pembukaan akaun ini berlangsung pada sekitar jam 3 petang sehingga 5 petang. Tujuannya pembukaan akaun ini bagi membolehkan, usahawan kami mula berjinak-jinak dan mempelajari asas pembukaan akaun Shopee pada peringkat permulaan. Pembukaan akaun Shopee di telefon pintar milik beliau ini juga adalah amat penting bagi mengetengahkan barang perniagaannya ke dalam platform E-Dagang. Secara tidak langsung membolehkan beliau mencuba sesuatu benda yang baru untuk teknik penjualan selain mempromosikannya di Facebook dan Whatsapps.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: