Aktiviti Dalam Talian Bersama Responden Kajian MCMC Bagi Pengumpulan Data Fasa Ketiga
3 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 2 Julai iaitu pada hari Jumaat, Pengurus PIK Tanjung Piai telah meneruskan sesi kajian yang diarahkan oleh pihak MCMC bagi pencarian data responden. Data kajian MCMC ini yang sepatutnya berakhir pada 30 Jun 2021 telah disambung sehingga 31 Julai 2021 atau diklasifikasikan sebagai fasa ketiga. Hal ini bertujuan untuk meramaikan lagi responden untuk membolehkan pihak MCMC mendapatkan keputusan kajian secara holistik berkaitan internet. Seramai tiga orang responden telah berjaya menjawab kajian yang diberikan sambil dibimbing sepenuhnya oleh pengurus PIK. Mereka ialah Mohammad Farizz A. Kadir, Mohd Iman Yahya dan Muhammad Amir Rizal Mohd Fadzil.
Aplikasi yang digunakan untuk perbincangan ini adalah Whatsapp dan Google Meet. Seorang responden telah menjawab Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2020 (HPUS) dan dua orang lagi menjawab bagi Kajian Pengguna E-Dagang 2020 (ECS). Aktiviti kajian yang dijalankan ini memakan masa hampir 2 jam memandangkan mereka akan dipandu untuk menjawab tinjauan bagi setiap kajian. Pencarian responden ini juga amat penting bagi membolehkan aktiviti dalam talian berjaya dijalankan ketika Pengurus PIK sedang bekerja dari rumah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: