Sesi Taklimat Pendaftaran Perniagaan Kepada Usahawan PEDi anjuran SSM
14 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniSesi taklimat pendaftaran perniagaan kepada para usahawan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah dijalankan secara atas talian menggunakan platform Microsoft Team. Sesi taklimat ini telah dikelolakan khusus oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan disampaikan oleh Encik Mohd Syafiq bin Hairom selaku Ketua Unit Pendaftaran Perniagaan Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan. Taklimat ini menjurus kepada Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang merupakan satu inisiatif khas dijanakan oleh pihak SSM selaku organisasi berkanun. Sesi ini berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 11.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
Penerangan dimulai dengan sejarah penubuhan SSM sehingga penerangan kepelbagaian akta yang terkandung di bawah bidang kuasa SSM. Penerangan yang diberikan oleh Encik Mohd Syafiq mengenai SPPP ini amatlah jelas dan menjurus kepada usahawan dalam kalangan B40 termasuk pelajar IPT sepenuh masa yang berkelayakan. Oleh yang demikian, sesi taklimat yang dihadiri oleh usahawan dari PEDi ini turut disertai oleh Pengurus dan usahawan dari PEDi Tanjung Piai. Antara usahawan yang menyertainya adalah Puan Noraini Mohammad, Puan NorHidayah Zulkefli, Puan Nalita Suleiman dan Cik Siti Nurlaily Othman. Kesemuanya merupakan usahawan yang mendapat bimbingan dan yang aktif menyertai webinar, taklimat mahupun kursus dari PEDi Tanjung Piai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: