Permohonan Guru di portal MySPP Secara One-Off Siri Kedua
22 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Julai 2021 bersamaan pada rabu, Pengurus PIK Tanjung Piai ada membantu dua orang ahli berdaftar di PIK untuk memohon jawatan guru di portal MySPP. Mereka ialah Encik Zainulariffin bin Ismail dan Cik Siti Nurlaily binti Othman. Kedua-duanya merupakan peserta yang terlibat dalam aktiviti atas talian yang dianjurkan pada minggu sebelumnya ketika pengenalan perisian Streamyard. Encik Zainulariffin merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi MARA (UITM) Puncak Alam. Manakala, Cik Siti Nurlaily merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Persuratan Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kedua-duanya telah dibimbing oleh Pengurus PIK dari segi semakan dokumen, pemilihan opsyen subjek dan senarai semak temu duga. Hal ini memandangkan 21 Julai adalah hari terakhir bagi permohonan jawatan guru seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Justeru, Pengurus PIK Tanjung Piai telah mengarahkan supaya menyemak kembali semua dokumen yang ingin dihantar bagi mengelakkan sebarang kesilapan bagi melancarkan proses panggilan ke temu duga. Proses bimbingan dilakukan melalui aplikasi Whatsapp sepenuhnya pada sebelah malam. Cik Zainulariffin telah memohon tiga opsyen subjek iaitu Sejarah, Reka Bentuk Teknologi dan Seni Bina Landskap. Sementara itu, Cik Siti Nurlaily memohon permohonan subjek bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kaunseling.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: