Advokasi Menyiapkan Minit Mesyuarat dan Penyata Kewangan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Serkat
14 November 2021 | Aktiviti TerkiniPengurus PIK telah dihubungi oleh setiausaha dan bendahari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Serkat untuk membantu mereka menguruskan minit mesyuarat dan penyata kewangan yang menjadi portfolio rasmi mereka. Mereka ingin dibantu dari segi persiapan butiran berkenaan menggunakan perisian Microsoft Word agar mudah untuk dibaca, dicetak dan diedar untuk seluruh AJK yang terlibat. Oleh itu, pengurus PIK telah membantu mereka pada 13 November 2021 bersamaan hari sabtu melalui perbualan menggunakan aplikasi Whatsapp sahaja.
Mereka memerlukan minit mesyuarat dan penyata kewangan untuk dibentangkan pada malam hari mesyuarat bersama pegawai yang hadir nanti pada 14 November. Justeru, Pengurus PIK telah membantu mereka untuk menyiapkan dua dokumen berkenaan beserta isi maklumat yang diperlukan. Tugasan untuk menyiapkan minit mesyuarat dan penyata kewangan mengambil masa kira-kira tiga jam bermula 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Secara tidak langsung membolehkan kedua-duanya iaitu Encik Zulkhairi bin Andik Makah selaku setiausaha KRT Serkat dan Encik Mohd Fadzil bin Jauhar selaku bendahari KRT Serkat didaftarkan sebagai ahli PIK di Tanjung Piai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: