Kelas Membuat Surat Rasmi Berhenti Kerja
29 November 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Tanjung Piai telah membantu seorang pengguna iaitu Puan NorFarhana binti Muar untuk membuat surat rasmi mengenai tujuannya ingin menghantar surat berhenti kerja. Beliau telah hadir ke PEDi untuk sepenuhnya dibantu oleh pengurus PEDi kerana kurang arif mengenai format penulisan surat rasmi. Beliau merupakan seorang operator pengeluaran yang bekerja di syarikat perkilangan Shimano yang terletak di Pekan Nanas, Pontian. Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah mengajarkan langkah demi langkah mengenai cara membuat surat berhenti kerja menggunakan format yang betul.
Pembelajaran berlangsung secara santai sahaja dan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sesi ini berlangsung pada 28 November bersamaan hari ahad pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Kelas ini diadakan bagi membolehkan Puan NorFarhana menyediakan format penulisan yang betul ketika membuat sesuatu surat rasmi bukan sahaja bertujuan ingin berhenti bekerja bahkan bagi permohonan yang lain sekiranya bersesuaian. Pengurus PEDi juga sempat menerangkan kepada beliau ketika sesi pembelajaran dijalankan mengenai Pakej Peranti yang disediakan oleh pihak MCMC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: