Pendaftaran Secara Atas Talian Surat MITI
8 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada hari sabtu iaitu 7 Ogos 2021, Pengurus PIK Tanjung Piai telah membantu seorang ushawan tempatan di Tanjung Piai iaitu Puan Nalita binti Suleiman untuk memohon surat MITI. Puan Nalita atau lebih mesra disapa dengan panggilan Cik Odah pernah berurusan dengan PIK ketika untuk memohon pendaftaran akaun perniagaan di SSM. Pendaftaran surat MITI ini dilakukan secara atas talian melalui perhubungan dalam aplikasi Whatsapp sepenuhnya tanpa pertemuan secara fizikal.
Puan Nalita juga telah memberi segala maklumat yang diminta bagi melancarkan proses pendaftaran secara atas talian. Pendaftaran berlangsung selama satu hari selang beberapa waktu dan pada akhirnya permohonan telah berjaya dilakukan. Puan Nalita amat memerlukan surat MITI memandangkan beliau perlu merentas beberapa kawasan yang jaraknya melebihi 10km. Hal ini demikian kerana permintaan pelanggan untuk membeli barangannya bukan hanya tertumpu di kawasan Tanjung Piai bahkan juga di luar kawasan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: