Pendaftaran MySejahtera Barkod Untuk Premis Perniagaan Usahawan
8 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniEncik Zulkifli bin Abdullah merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan kuih-muih tradisional secara kecil-kecilan. Beliau tinggal di kawasan Parit Bilal Rambah dan terletak lebih kurang 15 kilometer dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tanjung Piai. Beliau telah hadir pada 7 Disember 2021 bersamaan hari selasa dan meminta bantuan oleh Pengurus PEDi untuk mendaftarkan MySejahtera barkod di premis perniagaan miliknya. Oleh itu, Pengurus PEDi telah membantu beliau untuk menyiapkan barkod tersebut dengan jayanya dan mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja.
Pendaftaran ini dijalankan secara percuma sahaja dan pengurus PEDi sempat menerangkan kepada Encik Zulkifli mengenai sistem perkhidmatan PEDi yang baru. Menurut beliau, ini adalah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke PEDi Tanjung Piai dan pada sebelum ini hanya melihat melalui laman sesawang Facebook sahaja. Pada akhirnya, perniagaan beliau melalui barkod MySejahtera telah didaftarkan dengan nama Kuih Kampung Pontian. Perniagaan kuih-muih beliau ini diniagakan di Taman Perling Johor Bahru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: