Kelas Membuat Resume
5 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 4 Oktober 2020, telah diadakan satu kelas ICT iaitu kelas Microsoft Word. Pelajar diajar tentang cara-cara untuk menggunakan Microsoft Words dalam menghasilkan resume. Pelajar boleh menggunakan resume yang telah dibuat untuk memohon pekerjaan di mana-mana syarikat. Selain itu, kelas ini juga bermanfaat kerana mereka dapat mengetahui pelbagai template yang boleh digunakan untuk membuat resume.
Kelas ini telah dapat membantu mereka menggunakan Microsoft Words dengan lebih mahir dan cekap. Pelajar juga berpeluang untuk bertanya dengan lebih terperinci kerana ingin menambah lebih ilmu untuk kegunaan masa akan datang. Pihak pengurusan juga turut mengajar serba sedikit mengenai shortcut yang boleh digunakan semasa pembuatan Microsoft Words tersebut. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula 2.00 petang hingga 5.00 petang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: