Program Kesedaran Perlindungan Data Peribadi
11 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2020, satu program anjuran Pusat Ekonomi Digital Gelang Patah dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Gelang Patah. Program ini dihadiri oleh kesemua Pusat Ekonomi Digital di Johor. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi taklimat kepada pengurus serta penolong pengurus setiap puat internet tentang kepentingan perlindungan data peribadi.
Taklimat program selama dua jam ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah iaitu Encik Mazmalek Mohamad. Program kesedaran melalui Pusat Ekonomi Digital ini merupakan satu platform terbaik bagi memberi kesedaran tentang perlindungan data peribadi kepada orang awam. Hal ini kerana Pusat Ekonomi Digital merupakan pihak yang paling dekat dengan masyarakat tempatan terutamanya di kawasan luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: