Kelas Membuat Surat Rasmi
18 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 Oktober 2020, Pusat Ekonomi Digital Tanjung Piai telah mengadakan kelas membuat surat rasmi menggunakan perisian Microsoft Word. Pelajar yang terlibat dalam kelas ini merupakan pelajar tingkatan 1. Seramai 2 orang pelajar telah mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak Pusat Ekonomi Digital bermula pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Objektif kelas ini diadakan adalah untuk melihat sama ada mereka mahir atau tidak menggunakan perisian Microsoft Word. Hal ini kerana mereka pernah menghadiri kelas di Pusat Ekonomi Digital sebelum ini. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk memahirkan mereka dalam menghasilkan surat rasmi mengikut format yang betul. Pada akhir kelas ini, mereka dapat menghasilkan surat rasmi dengan baik dan dapat menggunakan perisian Microsoft Word dengan lebih baik dari sebelumnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: