Hari Bersama Komuniti Di Pusat Ekonomi Digital Tanjung Piai
30 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 29 September 2018 telah diadakan Hari Bersama Komuniti di Pusat Ekonomi Digital Tanjung Piai. Hari Bersama Komuniti yang bertujuan mempromosi perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital sebagai platform menawarkan kemudahan ICT, capaian internet, kelas keusahawanan dan kelas ICT kepada komuniti setempat. Program Hari Bersama Komuniti telah dirasmikan oleh Encik Roslan bin Bokari, Penghulu Mukim Serkat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan ‘Typing Fast Challenge’, ‘Word Search’, Mencipta Logo Sempena Sambutan Hari Malaysia, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika KEMAS, Pertandingan Kerusi Beracun/Muzik, Gubahan Buah-Buahan dan Teka Berat Hamper.
Selain itu, terdapat dua booth pameran diadakan iaitu Pameran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Pameran Kesihatan. Di samping itu, pemeriksaan kesihatan percuma juga boleh dilakukan sepanjang program berlangsung. Seterusnya, terdapat juga dua booth perniagaan usahawan. Antara produk dan servis yang ditawarkan adalah rendaman kaki dengan garam gunung dan produk Coway.
Pihak Pusat Ekonomi Digital juga ada memaparkan booth Klik Dengan Bijak (KDB), booth ‘Mobile e-waste’ dan e-Kelas Portal Maxis sepanjang program berlangsung. Taklimat dan penerangan tentang Klik Dengan Bijak (KDB) dan ‘Mobile e-Waste’ telah disampaikan oleh staf Pusat Ekonomi Digital dengan menggunakan ‘slide presentation’ serta tayangan video KDB. Pusat Ekonomi Digital Tanjung Piai turut mengundang pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk memberikan taklimat dan berkongsi kejayaan usahawan kepada komuniti yang dating pada hari tersebut.
Akhir sekali, sambutan Hari Bersama Komuniti di Pusat Ekonomi Digital Tanjung Piai amat menggalakkan dan disambut baik oleh seluruh komuniti setempat. Ucapan terima kasih diberikan kepada seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: