dikendalikan oleh TM
MCMC
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kemudahan Awam

Berikut merupakan antara perkhidmatan awam yang di sediakan di sekitar kawasan Mukim Serkat.

Dewan Haji Mohd Tamin, Kampung Chokoh


Dewan Haji Mohd Tamin merupakan sebuah dewan serbaguna yang terletak didalam Kampung Chokoh, Mukim Serkat, Pontian. Dewan ini terletak didalam kawasan yang sama dengan TABIKA Kampung Chokoh, berhampiran dengan Masjid Kampung Chokoh dan berfungsi sebagai tempat untuk bermesyuarat, aktiviti sukan dan juga aktiviti-aktiviti sosial yang lain. Jarak dari PEDi Tanjung Piai ke Dewan ini adalah sejauh 5km dan mengambil masa 8 minit perjalanan.

 


Klinik Kesihatan Serkat


Klinik Kesihatan Serkat merupakan sebuah Klinik Kesihatan dibawah kerajaan yang terletak di pekan Serkat. Klinik ini menjadi pilihan kepada penduduk sekitar untuk mendapatkan rawatan kerana klinik ini merupakan satu-satunya klinik yang mempunyai makmal didalam Mukim Serkat. Didalam klinik ini juga terdapat kuarters yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk petugasnya. Klinik gigi juga terdapat disini untuk penduduk yang mengalami masalah berkaitan gigi. Jarak diantara Klinik ini dan PEDi Tanjung Piai adalah sejauh 3.9km dan mengambil masa 5 minit perjalanan.

 


Kompleks Penghulu Mukim Serkat


Kompleks Penghulu Mukim Serkat ini terletak di Pekan Serkat dan ia menjadi pusat kegiatan masyarakat di sekitar Mukim Serkat. Di dalam kompleks ini terdapat dewan terbuka yang digunakan penduduk untuk bermain badminton, senamrobik, belajar silat, ceramah agama dan juga mesyuarat. Terdapat juga perpustakaan mini yang didirikan didalam ini bagi menampung keperluan penduduk untuk menambahkan maklumat dan ilmu. Jarak kompleks ini dari PEDi Tanjung Piai adalah sejauh 5.2km dan mengambil masa 6 minit perjalanan.

 


Masjid As-Syakirin, Sungai Kuali


Masjid ini merupakan sebuah masjid yang terletak ditepi jalan utama yang menghubungkan pekan Serkat dan juga pekan Permas. Masjid ini digunakan oleh penduduk kampung Sungai Kuali untuk bersolat 5 waktu dan juga sembahyang jumaat. Ia juga digunakan untuk kegiatan kemasyarakatan dan keagamaan seperti ceramah agama, majlis nikah, sambutan maulidur rasul dan sebagainya. Terdapat juga penduduk kampung yang luar dari kampung ini menggunakan masjid ini untuk bersembahyang Jumaat. Jarak diantara masjid ini dan PEDi Tanjung Piai adalah sejauh 6km dan memakan masa 6 minit perjalanan.

 


Masjid Kampung Sungai Durian.


Masjid Kampung Sungai Durian merupakan masjid yang baru sahaja siap dibina pada tahun 2020, diatas tapak masjid yang lama, masjid ini mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan masjid Kampung Sungai Boh. Masjid ini digunakan oleh penduduk kampung Sungai Durian dan juga Sungai Kuali untuk solat 5 waktu, solat jumaat, aktiviti keagamaan yang lain dan juga aktiviti keramaian. Jarak diantara masjid ini dengan PEDi Tanjung Piai adalah sejauh 7.2km dan memakan masa 8 minit perjalanan.

 


Dewan Haji Abdul Kadir Bokok, Kampung Perpat Timbul


Dewan Haji Abdul Kadir Bokok merupakan sebuah dewan serbaguna yang digunakan oleh masyarakat di sekitar kawasan Kampung Perpat Timbul, Kampung Serkat, Kampung Tanjung Piai dan juga Kampung Chokoh. Dewan ini terletak bersebelahan Pusat Komuniti Perpat Timbul dan juga Klinik Desa Perpat Timbul. Dewan ini pernah menjadi salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk penduduk sekitar. Dewan ini juga digunakan oleh penduduk untuk bermain badminton, mengadakan mesyuarat dan juga aktiviti-aktivit kemasyarakatan yang lain. Jarak diantara dewan ini dengan PEDi Tanjung Piai adalah sejauh 2.6km dan mengambil masa perjalanan 4 minit.

 


Klinik Desa Perpat


Klinik Desa ini merupakan sebuah Klinik Desa yang terdapat di Kampung Perpat Timbul. Klinik ini memberikan khidmatnya untuk penduduk di Kampung Perpat Timbul, Kampung Tanjung Piai, Kampung Serkat, dan juga Kampung Chokoh. Klinik ini terletak bersebelahan Dewan Haji Abdul Kadir Bokok dan juga Pusat Komuniti Perpat. Jarak diantara dewan ini dengan PEDi Tanjung Piai adalah sejauh 2.6km dan mengambil masa perjalanan 4 minit.

 


Dewan Tertutup Kampung Tanjung Piai


Dewan Tertutup Kampung Tanjung Piai terletak bersebelahan dan didalam kawasan yang sama dengan PEDi Tanjung Piai. Dewan ini digunakan oleh penduduk kawasan Tanjung Piai untuk aktiviti-aktiviti sosial seperti mesyuarat, bersukan, berniaga barang-barang terpakai dan lain-lain aktiviti.

 


 

Masjid Al-Amin, Kampung Sungai Dinar

Masjid Al-Amin atau digelar juga sebagai Masjid Malakoff adalah sebuah masjid yang terletak di Kampung Sungai Dinar. Masjid ini adalah Masjid baru dibina bagi menggantikan masjid lama yang terletak berhadapan dengan masjid ini. Masjid ini digunakan oleh penduduk sekitar kawasan Kampung Sungai Dinar, Kampung Sungai Chengkih, Kampung Chokoh dan juga Kampung Sungai Boh untuk solat 5 waktu dan juga Jumaat. Masjid ini adalah Masjid yang paling hampir dengan Stesen Janakuasa Elektrik Tanjung Bin dimana ramai pekerja Tanjung Bin akan datang ke sini untuk bersembahyang Jumaat. Masjid ini terletak sejauh 8.6 km dan mengambil masa perjalanan kira-kira 13 minit dari PEDi Tanjung Piai.


Dewan Kampung Sungai Chengkih

Dewan Kampung Sungai Chengkih merupakan dewan serbaguna yang terletak di dalam Kampung Sungai Cengkih dan bersebelahan dengan TADIKA KEMAS Kampung Sungai Cengkih. Dewan ini digunakan oleh penduduk sekitar untuk majlis dan aktiviti keramaian seperti gotong royong, kenduri kahwin, kenduri doa selamat dan sebagainya. Dewan ini terletak sejauh 9.1km dan mengambil masa perjalanan kira-kira 14 minit dari PEDi Tanjung Piai.


Klinik Desa Sungai Boh

Klinik Desa Sungai Boh merupakan satu satunya Klinik Desa yang terdapat di sekitar kawasan kampung Sungai Dinar, Sungai Chengkih, dan juga Sungai Boh. Penduduk-penduduk kampung berdekatan yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan ibu dan anak-anak. Klinik ini merupakan sebuah bangunan dua tingkat dan mempunyai sebuah bangunan kecil di sebelahnya. Klinik Desa ini terletak sejauh 9.5km dan mengambil masa perjalanan kira-kira 15 minit dari PEDi Tanjung Piai.


Masjid Kampung Sungai Boh

Masjid ini merupakan sebuah masjid jamek yang terletak di Kampung Sungai Boh. Masjid ini digunakan oleh penduduk sekitar Kampung Sungai Boh untuk aktiviti-aktiviti keagamaan. Ia terletak di sebelah Sekolah Kebangsaan Sungai Boh. Masjid ini menjadi pilihan oleh pekerja-pekerja yang bekerja di Tanjung Bin untuk bersolat jumaat sekiranya masjid Sungai Dinar telah penuh. Masjid ini terletak sejauh 9.5km dan mengambil masa perjalanan kira-kira 15 minit dari PEDi Tanjung Piai.

© Semua Hakcipta Terpelihara.