Awareness Talk : Mental Health
14 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPengurus NADI telah mengikuti satu taklimat mengenai kesedaran kesihatan mental yang telah diadakan secara dalam talian pada 13 Mei 2024. Taklimat kesedaran kesihatan ini disampaikan oleh Prof Dr. Rashidi bin Ahmad, Emergency Physician dari KPJ Seremban Specialist Hospital selama tempoh dua jam bermula 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Taklimat ini menggunakan platform Microsoft Team dan telah dihadiri lebih daripada 100 orang peserta yang terdiri dari petugas NADI dan RedTone.
Taklimat yang disampaikan oleh Prof Rashidi ini banyak menyentuh tentang kepentingan bagi pekerja khususnya bagi menjaga kesihatan mental ketika bekerja. Statistik dan data yang dikongsikan membuatkan perkongsian pada sebelah petang ini amat bermanfaat dan wajar diimplimentasikan oleh setiap pekerja dan majikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: