Product Knowledge : NADI (PEDi) Awareness
30 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 29 Mac 2024 bersamaan hari jumaat telah berlangsungnya satu mesyuarat atau latihan secara dalaman yang telah disampaikan oleh Cik Norliyana binti Nordin. Mesyuarat yang berlangsung selama satu jam ini bermula dari jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Seramai lebih daripada 100 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan NADI dan RedTone telah menghadiri taklimat yang diadakan secara dalam talian ini menggunakan platform Microsoft Team.
Melalui penerangan yang disampaikan, Cik Norliyana telah menerangkan secara terperinci mengenai asal usul nama PEDi yang kemudiannya ditukar kepada NADI sehinggalah sejarah penubuhannya sejak tahun 2007. Setelah selesai penerangan yang disampaikan, Cik Norliyana telah menganjurkan kuiz ringkas menggunakan kaedah Mentimeter yang memperuntukkan hadiah saguhati kepada tiga penerima teratas. Kuiznya adalah berpaksikan kepada topik NADI secara keseluruhannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: