Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM
27 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 26 Januari 2024 bersamaan hari jumaat, Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan tempatan iaitu Puan Sariah binti Zainal untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM milik beliau. Beliau yang lebih mesra dipanggil dengan nama Acai merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan buah-buahan dan sayur-sayuran di sekitar Mukim Serkat. Memandangkan beliau ingin memohon bantuan daripada sesetengah agensi yang berkaitan maka beliau telah hadir ke PEDi Tanjung Piai untuk dibantu bagi proses mendaftarkan lesen perniagaan.
Beliau telah diterangkan dengan langkah yang pertama iaitu perlu menjalani sesi panggilan janji temu melalui video Whatsapp terlebih dahulu sebelum mengisi butiran maklumat perniagaan yang lain. Proses pendaftaran memakan masa lebih kurang satu jam dan Puan Sariah ingin menggunakan nama AcaiTeng Resources sebagai nama syarikat milik beliau.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: