Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM
3 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPuan Siti Nor Sara binti Nordin telah hadir ke PEDi Tanjung Piai untuk dibantu dari segi permohonan lesen perniagaan SSM milik beliau pada 2 Februari 2024. Beliau merupakan seorang usahawan mikro yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman di sekitar Bandar Pontian. Beliau mengakui akan kebimbingan berniaga sekiranya tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah maka beliau telah dibantu untuk mendaftarkan perniagaan miliknya di sistem Ezbiz SSM.
Pada peringkat permulaan, beliau telah diarahkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu melalui bimbingan Pengurus PEDi. Setelah selesai melalui fasa janji temu, beliau perlu mengemukakan butiran maklumat perniagaan seperti nama perniagaan, alamat perniagaa dan jenis perniagaan. Nama perniagaan Puan Siti Nor Sara adalah Siti Sara Muslim Enterprise.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: