Sexual Harrasment at The Workplace
23 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2024, satu sesi taklimat telah diadakan secara dalam talian menggunakan platform Microsoft Team bertajuk Sexual Harrasment at The Workplace. Taklimat ini disampaikan oleh Cantiynia Anak Ringos dari pihak RedTone dan telah dihadiri oleh 27 orang peserta daripada pihak RedTone dan petugas NADI. Taklimat yang disampaikan amatlah menarik berkisar topik dengan gangguan seksual sehingga contoh yang diberikan berpandukan kisah benar.
Taklimat ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Perkongsian yang diberikan amatlah menarik dan bertepatan dengan senario yang berlaku di tempat kerja. Pada akhir sesi, para peserta diarahkan untuk menjawab beberapa soalan menggunakan link yang telah diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: