Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) Bersama Pelajar SMK Sri Kukup
6 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 5 Januari 2024 bersamaan hari jumaat, telah berlangsungnya satu taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) bersama pelajar SMK Sri Kukup di surau sekolah. Taklimat dimulakan seusai solat maghrib sehingga sebelum solat isyak iaitu bermula jam 7.30 malam sehingga 8.25 malam. Perkongsian yang diberikan adalah berkaitan dengan tajuk Jangan Mempercayai Maklumat Palsu. Seramai 30 orang pelajar telah menghadiri taklimat KDB yang diadakan pada sebelah malam ini atas jemputan guru bimbingan mereka iaitu Ustaz Omar bin Maidin.
Taklimat dimulakan dengan penerangan oleh Pengurus PEDi berkaitan dengan apa itu sebenarnya digambarkan mengenai maklumat palsu sehingga kaedah pengawalanya kepada para pelajar. Para pelajar asrama yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 ini telah diberikan penekanan khusus berkaitan setiap apa maklumat yang mereka terima atau perolehi perlulah disemak kesahihannya terlebih dahulu. Sebelum menunaikan solat isyak, para pelajar diajak untuk bergambar sebagai sesi kenang-kenangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: