Product Knowledge : Cybersecurity
26 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPengurus NADI telah mendengar satu sesi taklimat yang telah diadakan secara dalam talian menggunakan platform Microsoft Teams yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Azreek bin Adam selama satu jam bermula 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Taklimat ini disampaikan pada 25 Jun 2024 bersamaan hari selasa. Taklimat ini telah dihadiri oleh petugas NADI dan petugas dari pihak REDTone yang memfokuskan kepada kawalan keselamatan peranti kepada umum.
Cybersecurity ini juga tidak lari daripada menekankan kepada teknik dan kaedah scam yang kini amat popular dalam kalangan masyarakat. Scammer yang kini menghantui masyarakat di alam siber membuatkan para pengguna khususnya perlu berhati-hati dalam mempercayai atau mengesahkan sesuatu maklumat. Taklimat yang disampaikan amatlah berguna dalam usaha pengguna menghindarkan diri dari terjerat dengan taktik scam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: