Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM
3 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPengurus NADI telah membantu seorang usahawan setempat iaitu Encik Abdul Qayyum bin Mohd Azaham untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM miliknya. Encik Qayyum merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan bengkel motorsikal secara kecil-kecilan. Oleh yang demikian, beliau telah hadir ke Kompleks Penghulu Mukim Serkat bagi sesi pendaftaran ke sistem Ezbiz dan penerangan secara menyeluruh mengenai lesen berkenaan. Beliau telah hadir pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang.
Setelah selesai menjalani panggilan video bersama pegawai SSM untuk tujuan pengesahan, beliau perlu mengisi butiran nama perniagaan, alamat perniagaan, jenis perniagaan dan kaedah pembayaran. Beliau ingin menamakan perniagaan beliau dengan nama Ibnu Azaham Garrage.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: