Sesi TownHall Meeting Bersama Pengurusan
12 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 11 Julai 2024 bersamaan hari jumaat telah berlangsungnya satu sesi taklimat atau perbincangan bersama pihak pengurusan Sprintz Designs dengan petugas NADI. Seramai hampir 90 orang petugas NADI yang bernaung di bawah SD telah menghadiri sesi taklimat yang diadakan bermula jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Sesi perbincangan banyak ditumpukan kepada persoalan dan permasalahan dalaman antara pihak pengurusan dan kakitangan.
Selain membincangkan topik mengenai hal cuti tahunan, cuti kecemasan mahupun kaedah permohonan cuti, sesi ini juga turut memperkenalkan dua orang keluarga baru dari pihak SD iaitu Puan Nabilah binti Md Salleh dan Cik Nur Alyaa Amani bin Che Rustan menggantikan kakitangan yang sebelumnya. Para petugas NADI turut memperkenalkan diri masing-masing secara ringkas di samping bertujuan untuk berkenalan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pekerja dan majikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: