Kelas Pengajaran Microsoft Word
13 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniSeramai 4 orang pelajar dari Tingkatan 5 Baiduri Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 12 Jun 2023 bersamaan hari isnin. Pelajar berkenaan adalah Nur Fara Hanis binti Mohd Sukor, Norshahzrinna binti Sharul Nizam, Siti Syazwani binti Mohd Ali dan Nur Hazimah binti Zainal. Kesemua mereka hadir adalah kerana ingin mempelajari pembelajaran Microsoft Word bagi menyiapkan tugasan yang diperuntukkan oleh pihak sekolah.
Justeru, Pengurus PEDi telah memberi bimbingan kepada para pelajar mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam Microsoft Word agar mereka lebih senang untuk memahami pengisian aplikasi tersebut. Mereka ingin mencari gambar dan beberapa petikan perenggan dari Google untuk dimuat naik ke dalam Microsoft Word lalu meminta untuk dicetak. Bimbingan yang diberikan oleh Pengurus PEDi membolehkan mereka menyiapkan tugasan yang diminta oleh pihak sekolah sekitar jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: