Kemaskini Akaun Tabung Haji Melalui Aplikasi THIJARI
30 April 2023 | Aktiviti TerkiniPuan Rahimah binti Selamat telah hadir ke PEDi Tanjung Piai untuk dibantu bagi tujuan mengemaskini akaun tabung haji miliknya dan akaun anak-anak di bawah tanggungan. Beliau ingin dibantu untuk memindahkan wang bagi dipindahkan ke dalam akaun anaknya melalui aplikasi THIJARI secara dalam talian. Oleh yang demikian, pengurus PEDi telah membantu untuk memindahkan wang secara dalam talian menerusi kaedah perbankan atas talian secara mudah dan pantas.
Puan Rahimah mengakui sukar untuk memahami mengenai selok belok perbankan secara dalam talian ditambah dengan fenomena scammer yang semakin menjadi-jadi membuatkannya memilih untuk hadir ke PEDi secara terus. Hal ini ditambah dengan jarak beliau perlu ke Tabung Haji di Pontian yang memakan masa lebih kurang 30 hingga 40 minit maka kunjungan ke PEDi adalah menjadi pilihan. Kemaskini yang dijalankan hanya berlangsung lebih kurang setengah jam dan beliau diberikan penerangan secara sedikit sebanyak mengenai elemen yang terdapat dalam aplikasi THIJARI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: