Kelas Menaip Surat Rasmi
21 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPengurus PEDi telah membantu seorang penduduk tempatan iaitu Muhammad Minhad bin Abd Ghani untuk menaip surat rasmi untuk urusan ayah beliau. Beliau telah hadir ke PEDi pada 20 Mei 2023 bersamaan hari sabtu pada jam 2.30 petang sambil dibantu oleh Pengurus PEDi. Beliau telah diajar cara menaip menggunakan format yang betul dan susunan ayat yang lengkap serta pemilihan gambar rajah dalam pemerengganan.
Hal ini demikian kerana, beliau mengakui akan sukar untuk membezakan antara format surat rasmi dan tidak rasmi. Melalui bimbingan ke PEDi, beliau mengakui akan mudah untuk memahami dan menyiapkan surat berkenaan secara percuma tanpa pembayaran dalam pengajaran. Surat rasmi beliau siap sepenuhnya pada jam 3.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: