Permohonan MySalam Tuntutan Hospitalisasi
3 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 2 Mei 2023, Pengurus PEDi telah membantu seorang penduduk tempatan iaitu Puan Mariani binti Mohammed bagi tuntutan permohonan MySalam milik beliau. Beliau telah dimasukkan ke wad pada bulan November 2022 kerana mengalami alahan. Memandangkan beliau belum mengetahui akan MySalam, maka Pengurus PEDi sempat menerangkan kepada beliau akan manfaat yang boleh diperolehi melalui skim kesihatan yang diberikan oleh pihak kerajaan ini.
Puan Mariani diminta untuk memberikan kad pengenalan, telefon pintar dan surat pelepasan hospital sebagai kaedah bagi membuat tuntutan. Memandangkan beliau membawa semua dokumen yang diminta, maka permohonan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Tuntutan yang diluluskan adalah sebanyak RM 50.00 sahaja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: