dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen SSM Melalui SPPP Siri Kedua Puluh Enam

19 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Puan Normah binti Arifen merupakan usahawan kedai makan yang menjalankan perniagaan di Kampung Tanjung Piai. Beliau telah menghubungi Pengurus PEDi dalam usaha untuk membantu beliau dalam aspek permohonan lesen perniagaan SSM. Hal ini memandangkan beliau merasakan amat perlu mendaftarkan lesen SSM dalam usaha untuk memohon bantuan geran atau sebarang bentuk pinjaman yang disediakan khususnya kepada usahawan kedai makan.

Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah mengajar Puan Normah atau lebih mesra dipanggil dengan panggilan Mak Mah dalam usaha membuat pendaftaran lesen perniagaan SSM secara atas talian sahaja. Memandangkan Mak Mah belum mempunyai akaun ezbiz maka beliau perlu mendaftarnya terlebih dahulu dengan kaedah mengemukakan kad pengenalan, passport, nama username beserta password dan gambar bersama kad pengenalan. Kemudian, janji temu beliau telah ditetapkan seterusnya ke arah pengaktifan id akaun ezbiz beliau. Mak mah memilih untuk mendaftarkan nama perniagaan beliau dengan nama Normah Rais Enterprise.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.