dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Teknik Pembungkusan Bersama Usahawan

19 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Encik Omar bin Maidin merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup, Pontian. Beliau telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 18 Februari 2023 bersamaan hari sabtu untuk belajar tentang teknik pembungkusan produk makanan jualan beliau. Beliau ingin meminta pandangan dari kakitangan PEDi mengenai cara pembungkusan yang betul memandangkan beliau agak kurang mahir dalam aspek pembungkusan.

Oleh yang demikian, kakitangan PEDi hanya berkongsi pandangan dan cadangan kepada Encik Omar dalam usaha untuk mencantikkan dan merapikan lagi produk perniagaan beliau. Encik Omar merupakan usahawan yang menjual produk makanan berasaskan Pizza sejuk beku. Pengurus PEDi juga sempat mengajak Encik Omar agar memasarkan produk beliau ke dalam platform e-dagang Shopee namun beliau mengakui akan belum kesuntukan masa untuk mempelajarinya. Memandangkan Pengurus PEDi pernah bekerja sebagai operator pengeluaran di salah sebuah kilang pembungkusan, maka pengalaman yang pernah dilalui dikongsikan bersama Encik Omar.

Encik Omar perlu memastikan pembungkusan yang baik adalah disimpan di dalam kotak, namun bahagian intipati pembungkusan perlu mengandungi butiran produk, barkod serta jenama. Selain memastikan pakej pembungkusan tidak mudah koyak dan masuk angin, elemen yang paling utama adalah Encik Omar perlu memastikan peralatan atau mesin yang digunakan berfungsi dengan baik ketika pembungkusan sedang dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.