Kelas STEM Matematik Tahun 3 (Kenal Nombor Angka dan Tulis)
17 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPenolong Pengurus PEDi telah membantu seorang pelajar berusia 9 tahun iaitu adik Muhammad Sharul Aziem bin Mohd Shamsul mengenai kelas subjek matematik. Beliau telah dihantar oleh ibu beliau pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari untuk diajar mengenai subjek matematik sebagai modul tambahan pelajaran. Intipati pembelajaran yang diajar kepada adik Aziem adalah mengenai asas nombor 1 sehingga 10 000.
Selain itu, beliau turut diterangkan tentang perbezaan nilai digit, cerakinkan nombor dan menjalani latih tubi bertulis. Konsep pengajaran ini akan membolehkan adik Aziem dapat memahirkan diri beliau ketika memahamkan sesuatu pembelajaran sebagai input tambahan selain dari pengajaran ketika di sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: