Kelas Bahasa Melayu Tahun 3
3 September 2023 | Aktiviti TerkiniSesi kelas pembelajaran bahasa Melayu untuk Tahun 3 kembali diadakan bersama adik Muhammad Sharul Aziem bin Mohd Shamsul. Kelas pada kali ini memfokuskan kepada pengajaran penekanan aspek tatabahasa. Kelas ini diadakan pada 2 September 2023 bersamaan hari sabtu pada sesi pagi bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Adik Aziem diberikan kefahaman secara lebih telus mengenai aspek tatabahasa mengikut kemampuan usia beliau. Bimbingan yang diberikan oleh Penolong Pengurus PEDi membolehkan beliau sedikit sebanyak boleh menguasai tatabahasa yang diajarkan di samping pembelajaran yang diberikan oleh guru ketika di sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: