Kelas ICT Membuat Google Form
10 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniAdik Siti Nur Fatihah binti Md Nor telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 9 Julai 2023 bersamaan hari ahad pada jam 4.30 petang sehingga 5.30 petang. Beliau ingin dibantu bagi proses menyiapkan Google Form untuk tinjauan dalam satu projek membaiki surau di sekolah. Penolong Pengurus PEDi telah membantu beliau untuk menyiapkan tugasan yang diperuntukkan dengan memberi tunjuk dengan cara membuka Google Form di platform Google.
Hal ini demikian kerana, adik Fatihah kurang arif akan platform Google Form dan bimbingan yang diberikan membolehkan dirinya mengenali seterusnya menguasai akan aplikasi berkenaan. Secara tidak langsung, Penolong Pengurus PEDi memberi ilmu baru dan kefahaman yang mungkin membolehkan dirinya berkongsi dengan rakan sekolah yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: