Kelas Asas Menaip ICT Dance Mat Typing
13 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mei 2023 bersamaan hari jumaat, satu kelas pembelajaran ICT telah diadakan di bilik latihan PEDi Tanjung Piai bersama adik Nasrullah Asyraf bin Hisammudin. Beliau berusia 12 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serkat. Ibunya telah menghantar beliau untuk mengikuti pembelajaran yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah membantu adik Nasrullah dengan mengadakan kelas asas menaip Dance Mat Typing peringkat asas.
Beliau ditunjukkan kaedah menggunakan papan kekunci yang betul dengan pengenalan huruf terlebih dahulu. Kemudian, adik Nasrullah mengikuti setiap arahan yang diberikan melalui paparan animasi Dance Mat Typing bermula di peringkat pertama sehingga peringkat yang kedua. Beliau mengakui akan keseronokan yang diperolehi melalui kelas sedemikian dan berharap untuk mengikuti kelas bagi siri yang akan datang. Kelas ini bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir sepenuhnya pada jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: