dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Permohonan Baru dan Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

11 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Kakitangan PEDi Tanjung Piai telah menjalankan inisiatif bagi membantu penduduk kampung khususnya di kawasan sekitar mukim Serkat untuk mendaftarkan permohonan baru atau kemaskini mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). STR ini merupakan kesinambungan atau penjenamaan semula dari Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang telah dihebahkan pada tahun 2022. Oleh yang demikian, memasuki era Malaysia Madani, STR ini telah diteruskan oleh pihak kerajaan Malaysia khususnya untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Sehingga 10 Mac 2023, pihak PEDi Tanjung Piai telah membantu lebih kurang 30 orang yang ingin mengemaskini maklumat mereka dalam sistem STR secara dalam talian. Permohonan baru dan kemaskini akan berakhir sepenuhnya pada 31 Mac 2023 bersamaan hari jumaat. Oleh yang demikian, pihak PEDi Tanjung Piai amat menggalakkan masyarakat setempat yang mempunyai kekangan untuk ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya boleh berkunjung ke PEDi Tanjung Piai. Perkara ini sememangnya amat mudah di samping dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.