dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen SSM Melalui SPPP Siri Kedua Puluh Empat

22 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Puan Noor Liyana binti Md Saman telah menghubungi Pengurus PEDi untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM milik beliau. Beliau telah berurusan secara rasmi hanya melalui platform di Whatsapp sahaja memandangkan kesibukan beliau sebagai seorang peniaga. Beliau menyedari akan kepentingan mendaftarkan lesen SSM bagi tujuan permohonan geran dan pinjaman kewangan oleh mana-mana agensi. Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah membantu beliau dengan penerangan secara menyeluruh mengenai konsep pendaftaran melalui akaun Ezbiz SSM.

Penerangan mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ini telah membuatkan Puan Noor Liyana ingin mengambil inisiatif sebahagian daripada golongan usahawan B40. Beliau memenuhi syarat yang ditetapkan seperti penerima BPR 2021 dan tidak mempunyai lesen SSM yang aktif pada masa kini. Justeru, Pengurus PEDi telah membantu dengan membuat permohonan janji temu terlebih dahulu sebelum ke peringkat seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.