dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen SSM Melalui Akaun Ezbiz

18 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi telah membantu Puan Hairul Rizah binti Masdar untuk mendaftarkan kembali lesen perniagaan SSM milik beliau yang telah beliau tamatkan pada tahun lepas. Puan Hairul Rizah telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 17 Januari 2023 bersamaan hari selasa pada jam 3.00 petang. Proses permohonan lesen SSM beliau dapat dijalankan pada hari yang sama memandangkan beliau tidak perlu menjalani proses janji temu kerana sudah mempunyai akaun Ezbiz SSM. Beliau ingin mendaftarkan perniagaan dengan menggunakan nama yang sama ketika beliau gunakan iaitu Iltizam Cemerlang Enterprise.

Proses permohonan berjalan dengan lancar memandangkan Puan Hairul Rizah menyediakan segala butiran dokumen yang diminta oleh pihak SSM seperti alamat perniagaan, nama emel, maklumat perniagaan sehingga kepada jumlah pembayaran. Bayaran yang dikenakan adalah berjumlah RM 70.00 beserta dengan maklumat perniagaan serta kod SSM BizTrust. Proses pendaftaran selesai sepenuhnya pada jam 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.