dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Lesen SSM Melalui SPPP Siri Kedua Puluh Tiga

17 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan tempatan iaitu Encik HafizzulAswad bin Yahya untuk mendaftarkan perniagaan beliau di portal akaun Ezbiz SSM. Beliau telah hadir ke PEDi Tanjung Piai untuk dibantu dengan penerangan mengenai lesen SSM antaranya ialah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Beliau mengakui ingin mendaftarkan perniagaan beliau melalui sistem perniagaan yang sah dalam usaha untuk memohon sebarang pinjaman atau geran sekiranya perlu. Encik Hafizzul merupakan seorang usahawan tempatan yang tinggal di Kampung Penerok menjalankan perniagaan menjual makanan dan minuman.

Oleh yang demikian, beliau bersetuju untuk memohon lesen SSM melalui SPPP ini setelah mendapat penerangan oleh Pengurus PEDi. Encik Hafizzul diarahkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu dalam usaha untuk mengaktifkan akaun Ezbiz SSM milik beliau. Sesudah janji temu dilakukan maka barulah Encik Hafizzul boleh mendaftarkan perniagaan beliau menggunakan nama pilihan beliau iaitu Hafizzul AY Enterprise.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.