dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Geran Usahawan Bangsa Johor (GUBJ) 2023

7 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pihak Perbadanan Usahawan Johor atau lebih dikenali sebagai PUJB telah membuka permohonan berupa geran kepada semua para usahawan dan peniaga yang layak. Geran ini menyediakan bantuan peralatan dan mesin berjumlah sehingga RM 10 000 ringgit kepada mereka yang layak. Permohonan bermula pada 15 Januari 2023 sehingga 6 Februari 2023 terbuka kepada kluster pemprosesan makanan dan minuman, percetakan, gunting rambut, automotif, pendidikan dan pengurusan acara. Oleh yang demikian, PEDi Tanjung Piai telah membantu 3 orang usahawan tempatan iaitu Rahmah binti Othman, Omar bin Maidin dan Salimah binti Abdullah untuk melaksanakan proses permohonan.

Ketiga-tiga mereka telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 6 Februari 2023 untuk dibantu dari segi permohonan. Walaupun kedatangan mereka pada hari terakhir permohonan, namun masih berjaya melengkapkannya sebelum masa penutupan. Mereka mengakui akan kesukaran memperolehi dokumen sebut harga daripada pembekal memandangkan pelbagai isu namun masih berjaya untuk mendapatkannya. Ketiga-tiga mereka telah berdaftar di bawah sistem PADU PUJB untuk melengkapkan proses permohonan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.