dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sembang Santai Lesen SSM Bersama RD Permas

7 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Februari 2023 bersamaan hari isnin, Pengurus PEDi telah mengadakan sesi bual secara santai bersama Rakan Digital (RD) dari PEDi Permas. Sembang secara dalam talian ini diadakan melalui platform Google Meet. Encik Mohamad Saffudin bin Md Aziz yang merangkap jawatan sebagai Rakan Digital ingin mengetahui akan lebih lanjut mengenai lesen SSM khususnya berkaitan dengan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Sesi perbicaraan ini dimulakan pada jam 11.30 pagi dan berkahirnya sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari.

Encik Saffudin ingin mengetahui akan lebih lanjut mengenai kaedah pendaftaran memandangkan beliau baru pertama kali ingin mendaftarkan lesen SSM milik usahawan di tempat beliau. Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah menunjukkan kaedah yang betul kepada beliau dalam usaha untuk membantu mendaftarkan lesen perniagaan SSM melalui portal ezbiz. Bermula dengan pemilihan nama perniagaan, tarikh, alamat perniagaan, pengisian maklumat perniagaan sehingga ke pembuktian penerima BPR kesemuanya telah diajarkan kepada Encik Saffudin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.