Kelas Shopee Bersama Ikon Usahawan PEDi (Tarikan Trafik)
10 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniKelas shopee bersama ikon usahawan PEDi Tanjung Piai iaitu Puan Noraini Mohammad kembali dijayakan pada 9 Januari 2022 bersamaan hari ahad. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan yang telah kakitangan PEDi terapkan semasa kelas yang telah dianjurkan pada sebelumnya khususnya mengenai jualan. Kelas Shopee pada kali ini lebih tertumpu kepada teknik untuk menarik kedatangan pelanggan bagi mengunjungi ke akaun pengguna di samping mencapai bilangan trafik pengguna yang agak tinggi.
Kelas ini berlangsung dengan jayanya pada jam 2.00 petang dan selesai sepenuhnya pada jam 4.00 petang. Melalui siri kelas ini, Puan Noraini dapat mempelajari cara untuk menambah pelanggan agar akaun perniagaannya boleh dilihat secara lebih kerap ketika di Shopee. Melalui dari segi pengiklanan pula, Puan Noraini tidak membuat iklan baru memandangkan iklan yang telah dibuat masih lagi terpakai sehingga 22 Januari 2022. Pada akhir pembelajaran, Puan Noraini dapat memahami sesuatu ilmu yang baru khususnya perniagaan yang sedang dijalankan agar pengguna luar dapat melihat kedainya di Shopee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: