dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hebahan Pertandingan HIP StoryFest 2022 Maxis eKelas

2 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Hebahan mengenai pertandingan HIP StoryFest yang dianjurkan oleh Maxis eKelas telah dihebahkan oleh Pengurus PEDi kepada para pelajar yang terlibat. HIP Story Fest pada kali ini berpaksikan kepada subjek Bahasa Inggeris sahaja. Pertandingan ini telah bermula pada 30 Mei 2022 sehingga 31 Ogos 2022 iaitu selama tiga bulan. Pelbagai hadiah termasuk baucar dan markah ekstra kokurikulum akan diberikan kepada setiap pelajar yang terlibat.

Justeru, PEDi Tanjung Piai telah mengambil langkah inisiatif dengan menghebahkan pertandingan HIP StoryFest ini kepada para pelajar melalui hebahan Whatsapp, paparan skrin di skrin komputer PEDi dan menampal poster hebahan di meja-meja belajar di PEDi. Hal ini semestinya akan membuatkan para pelajar berasa tertarik untuk menyertai pertandingan yang diadakan di samping bimbingan dan galakan daripada Pengurus PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.