dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Membuat Resume Menggunakan Canva

10 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas membuat resume telah diadakan pada 9 Januari 2022 bersamaan hari ahad. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Tanjung Piai bersama Puan Effa Eriza binti Ab Aziz. Beliau telah meminta bantuan Pengurus PEDi agar membantunya dalam menyiapkan resume bagi tujuan permohonan kerjanya. Oleh yang demikian, beliau telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada jam 10.00 pagi untuk dibantu dan telah siap sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari.

Resume yang biasanya digunakan oleh Puan Effa untuk menyiapkannya adalah menggunakan Microsoft Word akan tetapi kelas pada kali ini akan menggunakan aplikasi Canva. Aplikasi Canva bukan sahaja menyediakan pelbagai corak resume yang menarik dan aneka pilihan bahkan akan membolehkan Puan Effa merasakan bahawa resume yang akan disiapkan lebih ke arah moden dan mesra dengan ketertarikan kepada sesuatu syarikat. Beliau ingin menyiapkan resume ini adalah bagi tujuan permohonan sebagai pembantu jualan di suatu syarikat Farmasi swasta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.